Pagi ini isteriku (Zaimah) agak terkejut apabila Zafri dilihat tidak berada di tempat biasa. Ia mencari-cari di dalam incubator, apa yang ditakuti adalah semalam seharian Zafri tidak diberi oksigen untuk tujuan latihan. Debaran itu terhenti pabila salah seorang daripada jururawat di situ yang kami anggap sebagai ibu sementara bagi anak-anak ini menyatakan bahawa Zafri telah dipindahkan ke bahagian Team C di mana sebelum ini ia berada di bahagian Team B.
Ini memberikan kami harapan yang baik kerana ia bermakna keadaannya semakin pulih. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, hari ini sudah masuk hari kedua Zafri tidak menggunakan Oksigen. Harapan agar Zafri cepat sembuh kami panjangkan kepada Tuhan setiap hari sejak ia dilahirkan hingga ke saat ini.... AMIN...
Kamera : Sony Ericsson K800i Cyber shot
Ahmad Miskon Principal Photographer
AMD ZONE Photography
Johor Bahru
+6012 - 720 7210
+6013 - 720 7210
Salam Aidilfitri bro..
whoaa.. tahniah gak atas kelahiran baby ko.. hehehe.. mcm dh janji2 plak eh..
bleh jd geng aa pasni anak ko ngan anak aku.. hehehe..