Want your
own Fotopage?









 
AMD ZONE Photography

By: Ahmad Miskon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Oct-2008 18:35 Email | Share | Bookmark
AHMAD ZAFRI | Hari Raya Kelima | Kami Terkejut








More photos click image. Photo gallery click HERE

Hari ini, ibu dan bapa Zaimah telah pulang ke Klang bersama abangnya sekeluarga yang tiba pada hari Jumaat malam Sabtu tempohari. Ibu dan bapa Zaimah telah tiba di rumah kami sejak 20 September 2008 lalu. Kami berterima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu disepanjang tempoh mereka berada di sini. Dengan kepulangan mereka bedua, isteriku mengambil keputusan untuk bermalam di hospital untuk menemankan Zafri. Segala persiapan untuk bermalam di hospital telah kami sediakan dan telah dibawa pada hari ini.

Setibanya di hospital dan sebaik saja kami keluar dari pintu lift di tingkat A2, kami terserempak dengan ibu dan bapa kepada salah seorang anak yang ditempatkan di wad ini bersama Zafri. Kami diberitahu bahawa Zafri telah dibawa ke atas semula iaitu wad A3 NICU tanpa mengetahui apa sebabnya. Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah Zafri tidak dapat menyesuaikan diri dengan pernafasan tanpa oksigen dalam beberapa hari ini.

Kami meletakkan segala barang di wad A2 dan terus bergegas ke wad A3. Akhirnya kami lega kerana punca Zafri dipindahkan adalah disebabkan ada jangkitan pada mata kanan (sakit mata) dan bukan disebabkan masalah pernafasannya. Patutlah dalam sehari dua ini kami melihat mata kanannya mudah berair dan menjadi tahi mata. Kali ini Zafri ditempatkan di bilik pengasingan iaitu bilik phototheraphy.

Kamera : Sony Ericsson K800i Cyber shot

Ahmad Miskon
Principal Photographer
AMD ZONE Photography
Johor Bahru
+6012 - 720 7210
+6013 - 720 7210

Tahniah... sudah bergelar Bapa...semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki slalu, aminnnnnnn..

T/Kasih kerana sudi temani saya di JB. Tak lupa jugak kpd KZ..... betullah... sup kambing kat BP tu power giler.......
InsyaAllah, next visit saya bawak set, bole kita buat street photo atau night shot. siut betui... dah rindulahhh murtabak..........
Sun 12-Oct-2008 07:27
Posted by:azaman mdzaman@streamyx.com
Salam.. Selamat hari raya bro.. anak dah sihat? ke masih kt hospital lagi? Mon 13-Oct-2008 03:42
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]
tahniah mad...comelnye baby..smg cepat2 sihat Fri 17-Oct-2008 07:56
Posted by:beeha
wah... tahniah mad.. comel anak ko mcm mak pak dia gak.. )

aduh... jeles seh aku... (
Fri 24-Oct-2008 21:08
Posted by:Izery miba_computer@yahoo.com  - [Link]
tahniah inche' Ahmad..fuyyoohhhhhhh! da dpt anak..nk jeles mcm kotok jeles gak la Sun 9-Nov-2008 20:55
Posted by:MR eff ude_bowl@yahoo.com
abg mat,
tahniah eh, wan tak cakap pun
Wed 12-Nov-2008 09:43
Posted by:linda linda461181@yahoo.com
anak ko erk mad? cute bgt nih~~ tahniah bro, sadis & jeles sgt aku ko dah ade anak, nway semoga anak ko sentiase sihat & ko sekluarga murah rezeki~ sorry bro lom ade kesempatan nak gi melawat, anak pogie pun x tgk² lg... jadi bapak dah ko erk mad, Alhamdulillah~... hehe~ Tue 16-Dec-2008 06:06
Posted by:Rudy nazrudy@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.